Waktu Beroperasi

HARI: Isnin - Ahad
MASA: 10.00 pagi - 9.00 malam


hubungi:untuk temujanji
hot line: 019-2939335 (call, sms,WhatsApp)
03-55245688

Thursday, 16 June 2016

Anak selsema & berkahak


Alhamdulillah salah seorang IBu, yg  puas hati dgn perkidmatan yg d berikan.

*Anak2 mengalami selsema Dan kahak yg banyak sehingga:

-Anak anda tidak selesa tidur

-demam berlarutan

-sejarah pneumonia

-kurang selera makan

-anak2 meragam

Kanak2 akan rasa tidak selesa apabila demam, batuk dan selsame menyerang.

Jadi Ibu bapa usah risau kerana kami menyediakan perkhidmatan chest Physio Dan suction dgn harga yg berpatutan 🙌

Rm 48 shj

Call;0355245688

Whatsapp: 0192939335

*sebarang rawatan berdasarkan temujanji shj*

Lihat testimoni salah seorang pesakit kami😍😍😍😍

Hikmah berpuasa pada badan manusia

Rumusan Fisiologi Puasa.

Fasa 1 - Hari 1-2
Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 - Hari 3-7
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

Fasa 3 - Hari 8-15
Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

Fasa 4 - Hari 16-30
Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

Subhanallah, sila share😊👍🏻

Wednesday, 20 April 2016

Rawatan Sakit Belakang

Rawatan untuk sakit belakang WHATSAPP: 0192939335
----------------------------------------------------------------
Sakit belakang adalah rasa sakit, ketegangan otot atau kaku (stiffness) di mana-mana bahagian belakang tubuh. Ia mungkin menjalar ke bahagian punggung atau kaki.

Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent).

Sakit belakang yang di alami berpunca dari :

😂Kecederaan otot

😂Patah tulang belakang

😂Perubahan kepada cakera (disc)

😂Postur tidak betul

😂Saluran spinal menjadi sempit (spinal sternosis)

Gejala / Tanda:

😢Sakit belakang akut – Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan

😢Sakit belakang kronik – Sakit yang di alami melebihi 3 bulan

😢Sakit belakang berulang (recurrent) – Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan

RAMAI MASIH TIDAK MENGETAHUI..SAKIT BELAKANG JUGA BOLEH DI RAWAT DENGAN RAWATAN FISIOTERAPI 😍😍😍

sumber: www.myhealth.gov.my

Tuesday, 5 April 2016

Peranakan jatuh

Antara Simptom Peranakan Jatuh:

-Rasa berat disekitar kawasan ari2
-Senang terkencing bila bersin dan batuk. Tetapi jika wanita tu ada masalah lantai pelvik lemah pun boleh membuatkan dia terkencing masa batuk dan bersin juga.
-Kencing rasa tidak lawas. Even dah ke toilet. Tapi rasa macam ada je lagi air kencing nk keluar. Bila diteran tak ada apa yangg keluar.

- Senak bila bersama suami.
-Sakit pinggan yg seperti sakit melingkar kawasan pinggang tungking dan ari2.
-waktu petang terutamanya lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.
   
**jom dapatkan rawatan fisioterapi bersama kami bgi merawat masalah wanita**

call:0355245688
whatsapp:0192939335
#kesihatanwanita #batukterkencing #rumahtangga

Wednesday, 2 March 2016

Rawatan strok / angin ahmar

Adakah anda, ahli keluarga , saudara-mara atau kenalan  PENDERITA STROK / ANGIN AHMAR?

Sudah PUTUS ASA dan BERHABIS WANG RINGGIT untuk mencari rawatan STROK / ANGIN AHMAR, namun tidak sembuh?

Usah bimbang,  kami menyediakan rawatan harga  serendah
RM 65

Call /whatsapp  : 019-2939335, 03-55245688

INFO: strok merupakan salah satu penyakit yang sering berlaku didalam masyarakat di malaysia. Ia juga di panggil angin ahmar. Biasanya pesakit strok akan mengalami lemah sebelah anggota badan sama ada sebelah kiri atau kanan. Kadang -kadang pesakit strok/angin ahmar ada yang tidak boleh bertutur fasih seperti sebelum ini.
Rawatan pemulihan fisioterapi amat penting dalam mengatasi & mengubati masalah ini. Pesakit-pesakit perlu bersabar dan bersemangat kental semasa melakukan rawatan fisioterapi dan berterusan aktiviti -aktiviti & tugasan yang diberi oleh fisioterapi.

Kita berikhtiar Allah Penyembuhnya

Pusat Fisioterapi di Shah Alam Selangor:
MOMO PHYSIOTHERAPY CENTRE
SEKSYEN 6 SHAH ALAM

Monday, 18 January 2016

PENYAKIT PARKINSON


Pernah kah anda terdengar tentang penyakit parkinson ?

Penyakit Parkinson

Pengenalan

Penyakit Parkinson adalah satu penyakit saraf yang boleh berlaku di kalangan warga emas.

Definisi: Ia disebabkan oleh kerosakkan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin. (Kerosakan pada kawasan basal ganglia )

Epidemologi: Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.

Tanda & Simptom

4 Tanda dan Simptom utama:
√Menggeletar (pada jari, tangan, kaki, rahang dan / atau muka)

√Kaku pada anggota badan (tangan, kaki dan / atau tubuh badan - Rigidity)

√Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)

√Masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.

Komplikasi

Fizikal:
-Jatuh
-Pening /Ketidakseimbangan apabila posisi badan berubah secara tiba-tiba.
-Sembelit
-Kesukaran penelanan (dysphagia)
-Kesukaran pertuturan (dysarthria)
-Kegagalan kawalan pundi kencing dan saluran perkumuhan
-Kudis tekanan (pressure sore )
-Turun berat badan

Psiakiatri:
Masalah emosi seperti:

-kemurungan
-keresahan

Fungsi otak terjejas seperti:
-Ingatan
-Proses pemikiran
-Kewarasan membuat keputusan
-Pertimbangan
-Tanggapan / persepsi
-Masalah tidur

Sosial:
-Kehilangan kebolehan berdikari, pengasingan dan stres penjaga

Rawatan

Rawatan Bukan Ubat-ubatan
Pengendalian penyakit ini melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti:

-Doktor
-Jururawat
-Jurupulih anggota
-Jurupulih bahasa dan pertuturan
-Pakar psikologi/psiakatri
-Pegawai farmasi

Rehabilitasi
Rehabilitasi melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang adalah penting untuk pengendalian penyakit ini.

Mungkinkah ada ahli keluarga atau kawan nd mengalami msalah seperti ini ?? 

Segeralah ke Momo physiotherpy centre !!

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 0192939335

Sunday, 17 January 2016

Seduk Kahak Bayi & Chest Physiotherapy

SEDUK KAHAK BAYI & CHEST PHYSIOTHERAPY

Salah seorang bayi yang mendapatkan rawatan chest pysiotherapy & suction di centre kami 👶🏻
Info : 

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.


Semasa sesi sedut kahak dan hingus,  Sebelum tu, baby dibedungkan dulu supaya dia tak meronta-ronta time proses berlangsung.  Aku pegang badan dan kepala  baby, sorang therapist lagi buat suction kt baby. Dia buat dengan lemah lembut je. Masukkan tiub kecil dalam tekak dan hidung. Memang banyak la hingus dan lendir yang keluar. Kesian gak tengok dia menangis-nangis sambil ada tiub dalam tekak. Tapi demi nakkan die cepat baik terpaksa jugalah buat , semasa sesi masukkan tiub dalam hidung & tekak, kalau berdarah sedikit itu normal laa , sebab baby akan meronta2 sebab x selesa kan . Selain itu, kita juga  ada  ajar cara-cara buat tepuk precussion tu kat rumah. Insyaallah dengan izin Allah hingus akan berkurang dan baby anda sihat seperti biasa .

~ Kita Berikhtiar Allah Penyembuhnya~ 





Thursday, 7 January 2016

Kurangkan sakit tanpa ubat

Semoga pesakit di beri kesihatan yg baik & gembira selalu.😀😀😀😀
------------------------------------------------------------------
Rawatan pemulihan untuk:
Sakit leher, kebas tangan, sakit bahu, sakit belakang, sakit lutut, kecederaan sukan, strok, sakit sendi, sakit tapak kaki, sakit tumit, kecederaan saraf tunjang, cerebral palsy dll

WhatsApp: 0192939335

#Sakitleher #kebastangan #sakitbahu #sakitbelakang #sakitlutut #kecederaansukan #strok #sakitsendi #sakittapakkaki #sakittumit #kecederaansaraftunjang #cerebralpalsy