Waktu Beroperasi

HARI: Isnin - Ahad
MASA: 10.00 pagi - 9.00 malam


hubungi:untuk temujanji
hot line: 019-2939335 (call, sms,WhatsApp)
03-55245688

Monday 18 January 2016

PENYAKIT PARKINSON


Pernah kah anda terdengar tentang penyakit parkinson ?

Penyakit Parkinson

Pengenalan

Penyakit Parkinson adalah satu penyakit saraf yang boleh berlaku di kalangan warga emas.

Definisi: Ia disebabkan oleh kerosakkan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin. (Kerosakan pada kawasan basal ganglia )

Epidemologi: Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.

Tanda & Simptom

4 Tanda dan Simptom utama:
√Menggeletar (pada jari, tangan, kaki, rahang dan / atau muka)

√Kaku pada anggota badan (tangan, kaki dan / atau tubuh badan - Rigidity)

√Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)

√Masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.

Komplikasi

Fizikal:
-Jatuh
-Pening /Ketidakseimbangan apabila posisi badan berubah secara tiba-tiba.
-Sembelit
-Kesukaran penelanan (dysphagia)
-Kesukaran pertuturan (dysarthria)
-Kegagalan kawalan pundi kencing dan saluran perkumuhan
-Kudis tekanan (pressure sore )
-Turun berat badan

Psiakiatri:
Masalah emosi seperti:

-kemurungan
-keresahan

Fungsi otak terjejas seperti:
-Ingatan
-Proses pemikiran
-Kewarasan membuat keputusan
-Pertimbangan
-Tanggapan / persepsi
-Masalah tidur

Sosial:
-Kehilangan kebolehan berdikari, pengasingan dan stres penjaga

Rawatan

Rawatan Bukan Ubat-ubatan
Pengendalian penyakit ini melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti:

-Doktor
-Jururawat
-Jurupulih anggota
-Jurupulih bahasa dan pertuturan
-Pakar psikologi/psiakatri
-Pegawai farmasi

Rehabilitasi
Rehabilitasi melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang adalah penting untuk pengendalian penyakit ini.

Mungkinkah ada ahli keluarga atau kawan nd mengalami msalah seperti ini ?? 

Segeralah ke Momo physiotherpy centre !!

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 0192939335

Sunday 17 January 2016

Seduk Kahak Bayi & Chest Physiotherapy

SEDUK KAHAK BAYI & CHEST PHYSIOTHERAPY

Salah seorang bayi yang mendapatkan rawatan chest pysiotherapy & suction di centre kami 👶🏻
Info : 

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.


Semasa sesi sedut kahak dan hingus,  Sebelum tu, baby dibedungkan dulu supaya dia tak meronta-ronta time proses berlangsung.  Aku pegang badan dan kepala  baby, sorang therapist lagi buat suction kt baby. Dia buat dengan lemah lembut je. Masukkan tiub kecil dalam tekak dan hidung. Memang banyak la hingus dan lendir yang keluar. Kesian gak tengok dia menangis-nangis sambil ada tiub dalam tekak. Tapi demi nakkan die cepat baik terpaksa jugalah buat , semasa sesi masukkan tiub dalam hidung & tekak, kalau berdarah sedikit itu normal laa , sebab baby akan meronta2 sebab x selesa kan . Selain itu, kita juga  ada  ajar cara-cara buat tepuk precussion tu kat rumah. Insyaallah dengan izin Allah hingus akan berkurang dan baby anda sihat seperti biasa .

~ Kita Berikhtiar Allah Penyembuhnya~ 





Thursday 7 January 2016

Kurangkan sakit tanpa ubat

Semoga pesakit di beri kesihatan yg baik & gembira selalu.😀😀😀😀
------------------------------------------------------------------
Rawatan pemulihan untuk:
Sakit leher, kebas tangan, sakit bahu, sakit belakang, sakit lutut, kecederaan sukan, strok, sakit sendi, sakit tapak kaki, sakit tumit, kecederaan saraf tunjang, cerebral palsy dll

WhatsApp: 0192939335

#Sakitleher #kebastangan #sakitbahu #sakitbelakang #sakitlutut #kecederaansukan #strok #sakitsendi #sakittapakkaki #sakittumit #kecederaansaraftunjang #cerebralpalsy