Waktu Beroperasi

HARI: Isnin - Ahad
MASA: 10.00 pagi - 9.00 malam


hubungi:untuk temujanji
hot line: 019-2939335 (call, sms,WhatsApp)
03-55245688

Wednesday 7 October 2015

Masalah tulang belakang bengkok (scoliosis)

Apakah itu skoliosis?

-Skoliosis dalam terma biasa bermakna tulang belakang yang bengkok.

-Tulang belakang yang normal kelihatan mencengkung ke dalam dan ke luar bila dipandang dari sisi. Ia kelihatan lurus bila dipandang dari belakang.

-Dalam skoliosis, tulang belakang membengkok ke sisi apabila dipandang dari belakang dan ini kelihatan dalam bentuk "S" atau "C".

Apakah tanda-tanda skoliosis?

Kadang-kala tanda-tanda skoliosis adalah ketara. Antara tanda-tandanya ialah :
bahu sebelah lebih tinggi daripada bahu yang lain.
bilah bahu sebelah lebih ketara daripada bilah bahu yang lain.
pinggang sebelah lebih tinggi daripada pinggang yang lain.
kaki seluar panjang lebih panjang sebelah daripada yang lain atau tulang rusuk sebelah lebih ketara daripada yang lain.

Masalah yang mungkin timbul jika skoliosis tersebut serius ialah :

*masalah sakit belakang,
*susah bernafas,
*masalah penghadaman makanan, atau
*masalah pergerakan.

Dapatkan rawatan segera bagi mengelakkan komplikasi-komplikasi lain

SEBARANG PERTANYAAN/TEMUJANJI WhatsApp: 019 293 9335

*kita berikhtiar Allah Penyembuhnya*

No comments:

Post a Comment